Thursday, March 27, 2014

Mid-sem Break: Hari Kedua dan seterusnya..

Assalamualaikum..

Janji untuk buat satu-hari-satu-entri sempena cuti mid-sem terkubur jua..ha3..
Apakan daya,tanggungjawab sebagai seorang anak-makcik-kakak-adik,perlu dijalankan jugak..
Hari-hari rutin sama, memang hafal dah kena buat apa..
Kemas rumah-cuci sangkar kucing-bagi makan kucing-kemas rumah lagi-bawak anak buah jalan-jalan-shopping (eh?) dan lain-lain..
Kemas rumah selalu bukan bermaksud nak kasi rumah kilat bersinar,tapi lebih kepada mengemas kembali segala barang-barang dan sepah-kapau yang telah dilakukan oleh warga rumah encik zaini.. ;)

Esok Jumaat dah..
Tak nak balik Uni. boleh x?
Land Law lagi dua topik tak hadam lagi..Malam ni baru nak sambung balik..he3..
Company Law,balik nanti baru cover..Lagi bagus decision ni.. -..-'

Naik cuti azam nak jadi lagi rajin..
Buku belajar, buku masa santai,majalah,banyakkkk lagi tak baca..
Lepak library la nampaknya weekend ni..
Jumaat malam budak-budak ni pergi dinner kuliah, aku nak lepak library mahallah baca buku cerita la..Biar malam terisi sikit dengan ilmu ye dak?

Tapi,tengoklah macam mana..
Ini hanyalah perancangan awal ..
Takut-takut aku sibuk iron stok baju pergi kelas untuk 2 minggu..
Takpun balut buku-buku law..
Lagi haru,kalau aku layan korea..Harapnya tidak la..Naik cuti banyak exams..

p/s:Ayuh study.. ;)


Saturday, March 22, 2014

Mid-sem Break: Hari Pertama..

Assalamualaikum..

*plan nak buat ala-ala diari dekat blog sempena cuti mid-sem..ha3*

Semalam baru sampai Melaka..Macam biasa,sampai rumah je, terus aku istighfar panjang..Memang la 2,3 hari awal-awal cuti ni memang kena kemas rumah tahap mega..Dengan anak buah yang tengah aktif, anak kucing bertambah..Lagi menguji kesabaran..

Walaupun namanya cuti, tapi dekat rumah, memang la takde istilah cuti..Nak-nak anak gadis ye..Kalau duduk rumah setakat nak rehat,tidur,tengok tv,memang la mintak penampau dengan puan emak..ha3..ok, tu tipu..Takde lah sampai puan emak nak lempang..Paling kuat,tazkirah non-stop selama 5 minit itu pasti.. ;)

Hari ni keluar beli buku,habiskan baucer buku..Paling best, akhirnya dapat jugak beli buku Cerita Cinta Ahmad Ammar..Last buku yang ada dekat Popular Mahkota Parade..Tempat lain dah sold out..Baru baca sikit, air mata dah mengalir..Malu aku puan emak tengok..ha3.. ;)
Lepas tu,cari baju raya..Sedondon dengan mak dengan kakak..Yang penting,aku tak payah keluarkan duit..Bahagia hidup..

Malam ni plan nak tidur lambat sikit sebab nak study Land Law..Naik cuti ada exam..Actually banyak exam..Tapi malas nak bawak balik buku banyak-banyak,sebab aku tau, tak baca pun..ha3..Ni pun pilih Land Law sebab buku subjek ni paling nipis..Dalam 660++ muka surat je..Subjek lain, semua 1000++..Memang tak lah aku nak bawak balik naik bas.. -..-'

So, plan macam nak balik awal..Tak lah awal sangat..Balik Sabtu pagi ke..Nak study subjek lain yang bukunya tak dibawa pulang..Hilangkan rasa serba salah.. ;)

Esok puan emak mintak tolong buat gotong-royong mega kemaskan almari baju..Jadi,memang esok kena all-out la kemas rumah..Rutin biasa,tetap diteruskan..Tapi jadi lagi rumit sikit nak kemas sebab ada budak kecik..Aku tak tau nak sumbat mana budak-budak ni..Rasa macam nak suruh mama diaorg bawak pi jalan-jalan..Aku siap kemas rumah baru balik..Aci tak?ha3..

Friday, March 7, 2014

Tahun Tiga: Bukan Semudah yang Disangka..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat,penghulu segala hari..
Moga mendapat manfaat di hari yang mulia ini..

Malam Jumaat,aku ambil peluang, berehat, membaca berita terkini, dan semestinya, isu berkaitan perbicaraan Datuk Seri Anwar menjadi tumpuan..Aku lebih senang kepada hanya membaca dan memerhati..Aku bukan orang yang arif untuk berhujah dan menghakimi..Bimbang menjadi fitnah..Kalau di dunia sukar untuk mengetahui kebenarannya, di akhirat pasti terungkai..

Berbalik kepada isu menjadi pelajar Tahun Tiga..
Jujur,aku rasa aku tak kuat dan tak mampu untuk meneruskan perjuangan.. ;(
Nak berhenti belajar, mungkin boleh..Tapi itu mungkin bukan tindakan yang bijak..1000 kali perlu berfikir..
Kalau rasa nak lihat mak abah sedih, silalah..
Kalau nak rasa kena leteran, silalah..

Bukan kerana tak boleh belajar..Boleh belajar..
Bukan kerana malas..Boleh usaha menjadi rajin..
Banyak faktor yang menjadikan aku rasa hampir berputus asa..
Tambah lagi, sejak akhir-akhir ni, kepala aku asyik pening,sakit mencucuk..Makan panadol tak kebah..
Rasa asyik nak tidur, dan bermalas-malasan je.. ;(

Subjek sem ni bukan main lagi 'diaorang'..
Tengok nama macam senang, gah..
Company Law, Public International Law, Land, Equity, Revenue etc.
Nama bukan main simple, tapi contents dia, ya ampun, hanya Allah dan orang yang mengambilnya sahaja yang tahu..

Diaorang saje je tau buat pertalian secara tak langsung..
Kalau kau kata tak suka Land, tapi suka Equity, kau sedang mencari nahas..
Kalau kau kata tak suka Company, kau suka PIL, kau jugak sedang cari pasal..
Equity dan Land saling berkaitan..
Kalau kau tak fokus yang satu, alamatnya, memang memberi kesan kepada yang satu lagi..
Lagi buat aku kena fokus, ni baru Part 1..Sem depan ada lagi continuance of these subjects.. -_-'

Bukan niat nak mengeluh dekat sini, tapi hanya sebagai wadah untuk aku curahkan apa yang aku rasa..
Melangkah ke tahun Tiga, bukan lagi tahun untuk bermain-main..
Bukan lagi tahun untuk bertangguh-tangguh..
Bukan lagi tahun untuk study seorang diri..
Bukan lagi tahun untuk diam dan tidak bertanya..

Mohon doa dari semua, moga aku boleh harungi tahun Tiga dan tahun Empat dengan jayanya..
Moga aku ikhlas dalam belajar..
Moga aku amal dan sebarkan apa yang aku belajar..
Moga semangat untuk belajar terus kekal kerana Allah dan agama..Insya-Allah..



Tuesday, February 18, 2014

Langkawi Trip: Edisi Gambar

Assalamualaikum..

Entry sebelum ni, aku dah share sedikit-tak-banyak tips aku dan geng-geng bercuti ke Langkawi..Sekarang meh aku share gambar pulak..Jangan nangis tengok gambar banyak-banyak..ha3..

HARI PERTAMA

Depan mahallah, ready to start the journey!! 

Dalam LRT..

Another 4 members..
Mereka menonton Ariana Rose, yang di depan sibuk plan bajet untuk belanja.. ;)
Tempat makan pertama sesampainya di Langkawi..

HARI KEDUA

Selfie ramai-ramai tepi pantai Cenang sebelum Island Hopping..


Ini Pak Mat, pakej Island Hopping murah dekat dia..




Tasik Dayang Bunting..

Untunglah pandai floating.. -..-'






HARI KETIGA



Terserlah kemanjaan dan ukhuwah di dalam kereta kabel..he3..







 

Telaga Harbour Marina..







HARI KEEMPAT

Sarapan hari terakhir di kedai best dan murah..


Real situation..

8 orang dalam kereta..Havoc!! :)











Ok,banyakkkkkkk lagi gambar, tapi dah tak larat nak pilih dan upload..Ini adalah gambar yang dalam group..Individual picture rasanya boleh upload di laman sosial masing-masing.. 

Sunday, February 16, 2014

Langkawi: Bajet Tips

Assalamualaikum..

Disebabkan Jumaat, Sabtu dan Ahad aku takde kelas, maka, banyaklah masa untuk aku buat itu-ini..
Pagi Ahad yang hening ni, aku ingat nak siapkan tutorial Company Law yang nak kena submit Jumaat depan..Tapi dah sejam-dua aku belek-belek soalan dengan buku, aku masih konpius..Maka aku buat keputusan ketepikan dulu..Malam nanti baru sambung..Ha3..

Minggu lepas, 6-9 Feb, aku dan 7 orang kawan aku telah bersepakat membawa berkat, cuti-cuti ke Langkawi..Semua orang pelik kenapa kami bercuti di awal semester, bukannya di hujung semester..Otak tak tension lagi dengan pelajaran, duit pun tak masuk lagi..Kenapa kami membuat pilihan sebegitu?Meh aku bagitau jawapannya..

#Hujung sem pack sebab semua amik subjek elective lain-lain..Takut time free pun lain-lain..Plus, kena prepare untuk final exam dan praktikal..
#Tak tau bila lagi harga tiket murah..
# Awal sem tak pack..

Jadi, mari aku share tips yang boleh korang guna pakai untuk travel ke Langkawi.. Secara jujurnya, trip ke Langkawi kitaorg rancang secara serius kurang dari sebulan sebelum nak pergi sebab nak confirmkan siapa yang betul-betul nak join..Ini penting sebab bila dah tau bilangan yang nak join, maka senang korang nak cari tempat penginapan, tempah tiket dengan sewa kereta..

PENGANGKUTAN

Tiket Kapal Terbang
Untuk pergi dan balik Langkawi, kitaorg naik flight Air Asia..Waktu tempah tiket ni, takde promosi, tapi kira time tu murah lah jugak..Pergi balik campur tax bagai, sorang tiket harga RM 143.00..
Untuk lagi murah, korang decide betul-betul bila nak pergi, dan sentiasa update dengan promosi..2 bulan sebelum boleh check..Ada promosi pergi rm 20++..Kena pandai dan rajin update..

Dari airport kitaorg naik van..Sebab 8 orang, senang..Situ banyak kereta sewa, teksi..Kena pandai cari..Naik van, kena sorang rm 5..

Kereta sewa
Kitaorg sewa kereta hanya 2 hari..Sabtu dan Ahad..Kitaorg 8 orang, so decide sewa Grand Livina, dapatlah RM 160..Aku tak tau pasal kereta sewa sebab ni kawan yang handle..Aku just ikut je..Yang penting, kena pandai cari, and pandai nego..
Kereta kitaorg guna untuk pergi cable car, jalan-jalan area Telaga Harbour, Dataran Lang, shopping dekat Haji Ismail, Ram, Idaman Suri, Makam Mahsuri..

Ni no. orang yang kawan aku book kereta sewa:
Bos kereta sewa- 013-3814159

Tips: Survey and call awal before nak pergi untuk tanya harga and nego..

PENGINAPAN

Kitaorg stay dekat cenangresthouse..Aku tak berapa gemar nak cadangkan tempat ni sebab service dari waktu nak booking sampailah waktu kitaorg sampai memang hampeh..Call punya lambat nak angkat, lain yang ko book,lain yang dia bagi..Receptionist takde langsung duduk dekat kaunter tu..Aku pun pelik..

Mula-mula kitaorg dapat homestay, bukan dekat dengan pantai..Kawan-kawan aku memang tak berkenan sebab keadaan rumah yang tak terjaga, seram pun seram..Toilet tak berfungsi, lantai berhabuk bagai..Kalau ada penyapu boleh lah kemaskan..Kitaorg decide pergi balik, mintak tukar..So, dapat lah rumah panjang..Bukan rumah kayu, tapi ala-ala chalet yang panjang..Katil 4, toilet satu..Kitaorg redah je,sumbat 8 orang..Bahagia je semua..ha3..Satu malam RM 60..Kitaorg stay 4 hari 3 malam..Jimat pun jimat, save bajet..

Tips: Cari tempat penginapan area pantai cenang, sebab dekat dengan pantai, banyak kedai makan, souvenir, kedai urut..Jalan kaki je..Ala-ala Jonker Walk dekat Melaka..

SHOPPING

Untuk beli coklat, Haji Ismail Group bagi aku murah untuk kinder bueno sebab 3 paket rm 6.50!!Daim semua tempat sama..RM 14.30 sepeket..Baik beli dekat Haji Ismail Group..Untuk coklat kisses, aku tak jumpa peket besar RM 10..Paling murah RM 12..Dekat RAM ada..Haji Ismail Group yang lama dengan yang baru takde stok waktu aku pergi..Kalau rajin, boleh survey kedai-kedai jual coklat yang kecik-kecik tu sebab kawan aku kata, kadang-kadang, ada yang lagi murah dari Haji Ismail..

Untuk minyak wangi, RAM murah..Macam-macam jenis perfume ada..Idaman Suri, beg murah..Aku nak beli,tapi sebab dah ada, bajet pun tak banyak, tak jadi beli..

RIADAH

Island Hopping
Kitaorg buat Island Hopping dengan Pak Mat, dapat rm 25 satu kepala..Tambah RM 20, bot tu kitaorg je satu geng, tak campur orang lain..Pergi Tasik Dayang Bunting, bagi helang makan, dengan Pulau Beras Basah..

Tasik Dayang Bunting memang sesak bila dah nak tengah hari..Time kitaorg pergi bukan peak hour, tapi still sesak dekat jeti dia sebab foreigners memang degil..Bot diaorg tak sampai lagi, sibuk duk berkerumun dekat jeti..Dengan bot lain yang baru sampai..

Pulau Beras Basah memang cantik, tapi tak mandi sangat sebab kitaorg smpai sana waktu tengah hari, memang panas terik..

Orang kata, nak best pergi Pulau Payar..RM 90..Kitaorg tak pergi..Situ best untuk snorkeling, and tak ramai sangat yang pergi sana sebab tak termasuk dalam pakej island hopping..

Pak Mat - 019-5785087

Tips: Island Hopping buat awal pagi..Kalau tak,mandi lah time panas terik

Kereta kabel
Untuk kereta kabel, aku yang tak gayat pun boleh jadi gayat..Memang tinggi..Berpeluh tangan kaki..Tapi view memang cantik..Harga RM 15 untuk Malaysian with IC..Skybridge tutup, tapi bagi aku, ok dah..Puas lah tengok pemandangan..

Dekat Telaga Harbour, saje je singgah,bergambar dengan kapal-kapal persendirian dekat situ..Air jernih, view pun cantik..Makam Mahsuri aku tak masuk..RM 7 per person..

Total perbelanjaan dekat Langkawi RM 520 termasuk tiket flight, makan, shopping and riadah..

Ok, itu sahaja yang dapat aku kongsikan..Aku malas nak masukkan gambar..Tengok lah kalau rajin aku buat entry lain letak gambar je..

Wednesday, January 29, 2014

Hello 2014!! :)

Assalamualaikum..

First entry di tahun baru.. :)

Alhamdulillah, permulaan tahun baru, bagi aku sangat menggembirakan..Walaupun tak semanis dan semenarik permulaan tahun orang lain, tapi bagi aku, dah memadai dan mencukupi..

Pertama
-- Dapat anak buah yang ke dua, lelaki.. Nama diberi Muhammad Aalif Iskandar bin Muhammad Fadzil Nuh..Nasib baik lelaki, bukan perempuan..Jenuh nak sebut time akad nikah..ha3..Tapi kakaknya pun panjang jugak..Nur Aafiya Umairah Binti Muhammad Fadzil Nuh.. ;)

Baby Aalif kena demam kuning waktu lahir..Mama dia kata,waktu nak bersalin, dia keluar tanpa perlu diteran..Tak dapat aku bayangkan..Tak sabar nak lihat dunia nampaknya ye aalif..Kemungkinan tali pusat terbelit waktu dia nak meluncur keluar..Muka aalif waktu minggu pertama memang merah kebiruan..Kesian aku tengok..

Sekarang, baby aalif dah sihat..Asyik nak minum susu je..Aku pulak yang stress..Kejap-kejap kena buat susu dia kalau mama dia tak pump susu badan lagi..Takpe aalif,biar cepat besar ye..Baru boleh jadi body guard mak utih kan..Gambar aku upload nanti..Waktu majlis akikah aalif.. :)

Kedua
-- Hari ni keluar result..Selalu semangat nak check malam tu jugak..Tapi sebab tak larat nak tunggu, lepas subuh baru check..Alhamdulillah, result ada peningkatan..Risau nak tengok result..Takut-takut kena repeat..Subjek Criminal dengan Family aku memang tak yakin..Redha jela kalau kena repeat..Tengah baca buku Dare to Fail kan..So, kalau fail, memang kena terima jela..Tapi, Alhamdulillah, takde repeat..

Untuk pertama kalinya result aku cantik tak de C..Ha3..Ok, terserlah ke-tidak-genius-an aku..ha3..Tapi betul lah..Ingat senang ke aku nak naik kan pointer..Tambah la dalam 0.4+..Tapi tak lepas target nak naikkan CGPA.. ;(

Ada lagi 4 sem nak naikkan result..Moga dipermudahkan Allah,aaminn.. :)
Nampaknya, boleh pakai cara belajar sem lepas..Nampak berkesan la untuk aku.. *aku rasa lah*
Dan, aku secara rasminya jadi pelajar tahun 3..Alhamdulillah and yeahhhhh..Ok, baru 3rd year..Lama lagi nak habis..keh3..Takpe, time belajar, kita belajar..Nanti dah kerja rindu nak belajar pulak kan.. ;)

Ketiga
Naik sem baru, first week nanti, nak pergi Langkawi..
Hoyeahh untuk aku..Pertama kali aku pergi sana..he3..Dah 22 tahun hidup,baru berkesempatan pergi..Trip ke sana dengan kawan-kawan UIA insya-Allah..Dan untuk pertama kali jugak aku naik flight..Kesian aku..he3..So, aku memang cuak sekarang..Macam mana la aku nanti..Mesti jakun habis.. ;)

Minggu ni minggu terakhir cuti sem..Kejap je 3 minggu..Last week ni, kakak aku berpantang dekat sini..Maka, aku kena la tolong apa yang patut..Nak jaga 2 budak kecik bukan senang..Yang kakak dah makin aktif..Jaga adik,kakak kacau..Jaga kakak,adik merengek..Sila cepat membesar sayang-sayang ku..Nanti mak utih boleh rehat..Senang nak bawak korang jalan-jalan nanti..he3..

Dengan gigi-giginya, rambut ikat dua, dan handphone ku di tangannya..Ini lah aafiya.. -..-'

Mak utih main laptop, aafiya pun main jugak.. :)

Mari enjoy cuti yang masih berbaki lebih kurang 3 ke 4 hari..Prepare mental fizikal untuk naik sem baru,dan prepare untuk pergi Langkawi..he3..Nanti aku update trip pergi Langkawi.. *kalau aku free*
Sekian, assalamualaikum..

Thursday, December 26, 2013

Home sick dan Persediaan Final..

Assalamualaikum..

Tinggal lebih kurang 2 hari lebih je final exam nak start..Ya Allah,cuak jangan cakap la..Preparation takde la bagus sangat..Study week ni pun baru la terhegeh-hegeh nak faham kan topik yang tak faham dari awal dulu.. -..-'

Lagi haru bila lepas maghrib tadi,rasa blank pulak..Pandang kalendar dekat board meja belajar, boleh plak post soalan untuk diri sendiri..

"Berapa lama dah tak balik rumah eh? Rasa kalau sampai final, tak sampai sebulan kot"..

Selak kalendar..Cari tarikh last balik.. *almost everything aku akan jot down dekat kalendar..Spending money jangan cakap la..Memang detail habis dalam planner harian..Tapi duit mengalir macam sungai UIA jugak, yang keruh macam teh tarik tu.. *

Kira punya kira, kalau aku balik Melaka 10 Jan nanti, maka, ada lah dalam 67 hari aku tak balik rumah sejak tarikh terakhir aku jejakkan kaki ke bumi Melaka..Nampaknya aku telah tertipu..Aku ingatkan baru sebulan aku tak balik rumah..Cheesecake betul!!Patutlah rasa rindu dekat rumah, dekat family meluap-luap lain macam..

Dan tak pasal-pasal, lepas aku tau fakta sebenar ni, yang aku tau bagi orang lain macam "ala, baru tak balik 2 bulan lebih dah kecoh..Budak belajar luar negara tu lagi lama tak balik", buat aku rasa down, sedih dan hiba..Tu diaorg, bukan aku..Gombak-Melaka bukan macam London-Melaka..Kalau aku belajar oversea, mau setahun tak balik.. -..-'

Patutlah abah asyik tanya kenapa tak balik..Terus kerja jadi tertangguh..Buku Constitution aku biar terjelepok depan aku..Topik last yang pendek pasal Right to Property aku malas nak habiskan..Walhal tinggal sikit..Puas aku cuba nak habiskan Article 13(2) tu..Nekad,aku paksa habiskan..Dah siap..Aku surf internet, nak cari mood belajar balik..Hilangkan sebal dekat dada ni.. Nak balik Melaka esok memang cari pasal la..Final hari Sabtu, paper Criminal II pulak tu!! Esok dah kena start hafal kes semua..

Nak balik rumahhh!! *kesat air mata, kesat hingus*
Berlagak lagi tak nak terima offer abah suruh balik last week.. ;(

Takpe Sakinah, tabahkan hati..Teruskan revision untuk final exam..Usul Fiqh tak sentuh lagi..Last topik criminal tak siap lagi..Tak lama dah nak balik..Pejam celik pejam celik habis dah final..

Belajar,belajar..
Hafal kes..Hafal kes..
Tengok final paper questions..Tengok final paper questions..

Mari semangat untuk final..
Moga dapat improvekan apa yang dapat dari sem lepas..Moga ilmu yang dapat sem ni tak sia-sia..Tak dilupakan..

Rindu nak gurau dengan abah, rindu nak lepak tepi laut dengan mak.. ;(
p/s: Rindu family..Nak balikkkkk.. ;(