Sunday, November 13, 2016

Moment Konvo & Plan Seterusnya..

Assalamualaikum..

Salam Ahad..Esok dah Isnin..Kejap nya masa berlalu..Huarghhhh..
Tak puas berehat hari Ahad..This week last week untuk duty dock brief dekat court..yiepieee..
Tapi lepas ni tak dapat dah nak mingle around dengan kwn2 chambering, akk2 jurubahasa.. :(

Untuk yang tak tau, hari Isnin 7/11/2016 haritu, aku dah konvo..Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah sebab bagi peluang untuk aku habis belajar, dapat merasa sesi konvo..
Mak abah keluarga semua dapat merasa sesi konvo aku..

Aku menangis kot waktu konvo..ha3..Sebab rasa terharu akhirnya aku habis belajar..Yela, satu sem aku dekat CELPAD, belajar BI dgn Arab..Selagi tak lepas Band 6 BI,tak boleh masuk kuliah belajar law..
Siapa tak sedih?Siapa tak risau?

Tapi, Alhamdulillah..Perancangan Allah memang cantik..Aku habis kuliah law tanpa repeat apa-apa paper..Walau pun aku tak sehebat mana, tapi, aku tetap gembira..
Mana tak gembira bila pass..Sebab..Dalam setiap sem, setiap satu subjek, mesti aku akan tertinggal satu@dua soalan..Satu soalan 15 markah kot!!
Kira aku grad dah cukup buat aku gembira walaupun pointer aku biasa aje..he3..

Waktu masuk dewan tu, rasa bangga sangat!!Nak naik pentas dah rasa sebak,sedih,gembira semua ada..Waktu Rektor suruh berdiri dan tepuk tangan untuk lecturers & parents, aku tahan air mata..
Dan akhirnya, aku menangis waktu penutup baca doa!! :(

Dan buat aku menangis lagi bila dapat whatsap daripada kawan chambering,aku dapat masuk list tapisan untuk interview kerja kerajaan..
Aku terus cakap dalam hati, "Ya Allah, baiknya Kau..Hari ni je, dua kegembiraan Kau bagi dekat aku"..
Balik Melaka, naik kerja je 2 hari lepas tu, dapat sijil yang aku lulus Ethics Exam untuk chambering..
Terima kasih Ya Allah!!

Sekarang aku masih merancang lagi..Aku belum reply untuk interview kerja kerajaan..Esok, insya-Allah aku submit..Doakan moga aku dapat kerja yang terbaik..Ramai kawan2 rapat aku plan nak sambung master..
Aku tak berani nak cakap..Tengok lepas chambering dapat kerja mana..Kalau aku rasa aku mampu sambung, aku sambung..
Buat masa sekarang ni, aku memang plan nak praktis sebagai peguam lepas habis chambering..
Sebab aku dah jatuh cinta dengan bidang conveyancing a.k.a hartanah..

Kalau nak tengok gambar konvo aku, boleh lah tengok dekat fb.. :)
Nak sambung buat kerja..Nite semua..




Monday, October 31, 2016

Pre-Convo IIUM 32nd Convocation..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Akhirnya, minggu depan, buat pertama kalinya aku dapat naik ke atas pentas untuk terima segulung ijazah..
Walaupun keputusan aku tak sehebat mana, tapi, aku tetap bersyukur..

Untuk mak abah aku hadiahkan ijazah aku ni..
Walaupun aku masih dalam fasa chambering, belum dapat kerja tetap untuk bantu mak abah, moga kejayaan kecil aku ni dapat buat mak abah gembira..

Disebabkan waktu konvo nanti aku nak fokus dengan family, jadi, waktu sesi pengambilan jubah konvo, aku dengan kawan2 rapat dah sepakat untuk buat photoshoot bersama..
Ada lah dugaan yang melanda..Namun, akhirnya, dapat jugak direalisasikan..

Jadi, dalam entry ni, aku tunjukkan lah gambar photoshoot kitaorg..
Ni semua dapat dari fb page photographer kitaorg..Tak dapat lagi ke tangan kami secara official..

Bulat kecil bulat besar puteri2..ha3..

Muka serius bakal peguam, hakim, pendakwaraya, isteri, ibu.. ;)

Finally, we did it!!

Superheroes..

Hello jodoh, mana awak?? Untuk aku, mungkin dialog sesuai adalah, "Lama lagi ke berak oiiii..Sakit perut dah ni"..

3 set of pairs..
Cukup lah kan kasi korang tengok 6 gambar..Tak payah request lebih2..Aku pun tak dapat lagi gambar..ha3..
Doakan aku berjaya habiskan chambering, dapat kerja secepat mungkin..
Nanti nak photoshoot tepi laut pulak dengan mak abah..Dengan the whole family dekat studio nanti..tunggu semua ada..

Tahniah untuk graduan bagi sesi konvo kali ke 32..
Tahniah buat kawan merangkap roomate aku, dapat Anugerah Pelajar terbaik dan juga untuk subjek..
#iium #iium32ndconvocation #sakinahdahgrad #sakinahnakbunga #sakinahgembira

Sunday, September 4, 2016

Sakinah dah ada boyfriend?

Assalamualaikum..

Dah pukul 1 pagi, tapi tak tidur lagi..Mata mengantuk, tapi tak rasa nak tidur..Mungkin sebab balik kerja tengah hari tadi terus tidur..ha3..Alang-alang belum nak tidur, ada kerja nak buat, maka, aku saje je up post kontroversi..Bila lagi kan..keh3..

Dulu zaman belajar dekat UIA, aku dapat banyakkkkkk sangat soalan cepu cemas ni daripada kawan-kawan, sedara-mara dah ada boyfriend ke belum..Mentang-mentang UIA ramai student yang kahwin awal..Tak pasal-pasal dengan aku sekali kena tempias..

Lepas tu, soalan makin kerap pulak ditanya bila aku dah habis belajar..Bila tengah chambering ni lagi lah..Kawan-kawan pun ramai yang dah tunang, nak kahwin, dah kahwin, ada anak..Sampai bila orang tanya dah ada boyfriend ke tak, aku terus cakap; "Takde, carikanlah"..
Bila dekat ofis, bila kena attend client untuk sign documents, aku siap request nak client lelaki dan yang belum kahwin je!!ha3..Tapi of course la yang ni aku main-main je cakap..Kau gila ke apa nak pilih-pilih client pulak..

Kalau kawan-kawan atau sesiapa je duk borak dan tanya aku kenapa takde boyfriend lagi, tak risau ke..Jujur aku cakap, aku tak kisah.. :) 
Kenapa??

1) Aku dah biasa hidup single..Yela,sebab dari dulu takde kan..ha3.. #teamsingledarizamansekolah

2) Aku rasa aku tak ready..Aku tak ready nak share life aku dengan lelaki yang aku belum tau lagi sama ada dia akan accept baik buruk, kelebihan kekurangan aku,keluarga aku..What if dia expect aku macam ni, tapi sebenarnya aku tak macam tu.. :(

3) Aku nak happykan mak abah aku..Aku banyak lagi nak buat untuk mak abah, family aku..Lagipun, sekarang aku tengah chambering..Aku dapat elaun je..Bukan gaji ikut gred ijazah..Aku bayar PTPTN, bayar bil, bagi & belanja family sikit..So, banyak lagi aku tak dapat nak bagi diorg..Aku pun takde buat saving untuk kahwin pun..ha3..Dalam kepala just fikir nak settlekan PTPTN before umur 30..Then, buat simpanan skit-sikit..Nak beli rumah..Nak travel..

4)Aku takde calon nak dijadikan suami..Sebenarnya adaaaaa..Jap aku bagi gambar dia..

Image result for kim soo hyun

Agak-agak, dia nak tak aku?ha3..Mohon jangan kecam aku..kih3..Aku memang minat Kim Soo Hyun ni..Sampaikan ada satu hari aku pernah ternampak budak lelaki Melayu mata macam dia ni, terus aku tersuka..Tapi masa tu jela..Lepas tu dah tak ingat..Seeee..Simple je aku..Tengok mata je dah suka..Mohon muntah hijau ramai-ramai..ha3..Kim Soo Hyun ni tengok aku pun tak nak aku rasa..ha3..

Tu jela setakat ni yang aku terfikir kenapa aku tak kisah takde boyfriend..Ingat senang ke nak cari boyfriend nak jadikan suami?Main pilih rambang mata?Yang pilih elok, dah lama kenal tu pun kadang-kadang dia ada hidden characters yang kita tak tau..Tu sebab bercinta bagai nak rak pun tak kekal lama..Yela, aku tau tu kerja dan aturan Allah..Allah knows best..

Senang cerita, doa mintak Allah permudahkan..Aku percaya, kau carilah gigih macam mana, kalau Allah dah tetapkan masa belum tiba, dia bukan jodoh kau, memang tak jadi lah..Ada sebab kenapa Allah aturkan macam tu..

Sekian sahaja bebelan di pagi yang hening ini.. :) Sambung buat kerja..

Sunday, August 28, 2016

Netball Bar & Bench Games

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Sihat?Hari ni dah hari Ahad..Kejap je masa berlalu..Dah penghujung Ogos dah pun..
Semalam ada games Bar & Bench..Perlawanan persahabatan tahunan antara team peguam2 dan staff2 Mahkamah..

Sebenarnya, aku nak main badminton..Tapi, maklumlah..Kita selalu main lawan2 biasa je..Takdelah sibuk nak ikut rules serves semua tu..Maka, ku batal kan hasrat untuk main badminton..
Maka, aku pun wakil kan diri masuk bola jaring..Hahaha..Tak pernah main bola jaring, tiba2 wakilkan diri sendiri..Main centre pulak tu..Layan jela..Main suka2 je..




Cuba teka, kalah ke menang team aku?hahaha..Kalah beb..14-1..Ok lah..Janji bukan telur ayam kan..Team Mahkamah hebat weiyh..Rasanya, ni memang team netball diaorg..Semua hebat2..Kitaorg team chambering student..GS je lawyer, Kak Diba..

Semput aku lari semalam..Insya-Allah, kalau next year nak main lagi, kena cari team awal2, training awal2..Sebab aku pun bukan pro sangat main..Saje suka2 nak main wakil team Bar..Semalam sempat support team futsal je..Then kena balik..

Settle satu event, next coming event, Annual Dinner Bar bulan 10 nanti..Haa..Yang ni lagi cuak sebab aku kena menari!!adoiii..kita tengok la macam mana nanti hasilnya..Nak kena saving siap2 utk beli baju..Tema Bollywood guys..keh3..

Ok la..Baru plan nak lipat baju, iron baju jap..Sementara anak2 buah keluar berjalan, jom lah kita kemas rumah sekali..Adios korang..Salam..

Friday, August 19, 2016

Ethics Course and Exam August 2016

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua!!Siapa tengok Semi-Final badminton td?Mesti cuak kan??Apa-apa pun, Datuk Lee Chong Wei memang power!!Moga impian Malaysia nak dapat Emas tercapai..

Selasa sampai Khamis aku berkampung dekat KL..Selasa 16 Ogos, lebih kurang pukul 2.30 naik bas pergi TBS..Macam yang aku cakap sebelum ni, bulan ni aku ada Ethics Course & Exam..Ianya WAJIB untuk semua pupillage @ chambering student untuk lepas exam ni sebelum layak bergelar peguam..

Sampai KL dalam pukul 6 petang, then Fad pick up dekat LRT Gombak sambil tunggu Ika balik kerja..Diaorg bawak makan dekat Awe..Kalau nak tau, Awe ni salah satu tempat makan wajib waktu aku belajar dekat UIA dulu..

Aku suka sangat makan Sup daging dia, sambal belacan, telur bungkus..Set yang sedap..Tambah pulak dengan air teh ais Thailand dia tu..Perghhhh..Time menulis ni pulak teringat Kueh Teow Kungfu dia..Extra Joss Anggur dia lagi..Ciss betul..Hahahaha

Nampak penangan Sup Daging Awe tu?Fad ajak bergambo pun tangan tak lepas pegang sudu >_<

Lepas tu, malam lepak aje dekat rumah Ika dengan Fina..Borak-borak pasal kerja masing-masing..Esok pagi, Rabu, sebelum pukul 6 pagi dah bangun ok!!Gigih sungguh..Yela, kalau lambat sampai tak boleh masuk hall ok..

Tunggu LRT pagi-pagi hening dalam pukul 7 pagi, rasa bersyukur lah aku buat chambering dekat Melaka..Lagi 30 minit masuk ofis, baru gerak pi kerja..Kalau buat dekat KL, haruslah aku keluar pagi..Sampai sana, register, then dengar la talk sampai ke petang..

Untuk Ethics Course ada 6 topik..5 je yang examinable..Tajuk Mediation tak masuk exam..Aku rasa paling susah topik Role of Bar tu..sebab dia sangat banyak benda nak baca dalam Manual tu..Walaupun OPEN BOOK TEST, sedarlah kalian, ianya tidak mudah!!

Bagi aku, sebab dari zaman belajar dulu, aku memang jenis yang tulis lambat..So, ethics exam ni pun aku rasa susah..Lepas tu, zaman belajar dulu memanjang je aku tinggal soalan..Bukan Sakinah lah kalau jawab semua soalan..Tak jawab satu soalan, hilang macam tu jela 15 markah aku,  kadang-kadang 7@8 markah..

Ika siap warning aku jangan tinggal soalan..Yela,ethics exam ni, kau tinggal satu soalan kau fail..Kalau tak jawab satu sub question, kau fail..Mau tak cuak..Cuak kotttt!!Aku sampai sakit-sakit tangan nak jawab laju-laju..

Alhamdulillah jawab semua..Tapi soalan Role of Bar yang 20 markah tu aku jawab tak panjang.. :(
Doakan aku lulus ye..Aku harap sangat lulus..Huarghhh..Emo & cuak pulak tiba-tiba teringat apa yang aku jawab semalam..

Lupa nak cakap..Tempat exam ni dekat Straits Building..Dekat kalau kau turun dekat LRT Masjid Jamek..Tapi kena jalan sikit..Aku nak explain susah..Tapi, siapa yang buat chambering KL mesti tau..Kalau ada kawan yang chambering KL masa exam, pergilah sama..Yang pasti, tempat exam ni dekat je dengan Malaysian Bar yang kita semua duk serve borang-borang chambering kita tu.. :D

Lepas dah stress jawab exam, meh lah kita beramai-ramai jalan kaki sikit ke Royal Selangor Club untuk makan tengah hari..Lunch ni untuk yang sit exam kali pertama je..Duduk dekat meja ikut nama..Takde pilih-pilih kawan ye..hahaha

Ni sebahagian batchmates..Tak dapat nak ajak semua bergambar..

Esok Sabtu, tapi turn aku kerja pulak..ha3..Malam ni ingat nak buat notes sikit untuk files yang aku pernah handle..Dengar cite, result lagi 2 minggu keluar..Kalau yang fail, dia faks bagitau result dekat ofis..huarghhhh..Nauzubillah..Yang lulus, dia bagi certificate..Doakan aku please..Ni paksaan tau!!

p/s: Moga Sakinah Zaini lulus ethics exam..Amiinnnnn

Saturday, August 13, 2016

5 bulan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, esok genap 5 bulan chambering..Maknanya,ada lagi 4 bulan nak habis..Wehooooo
Makin lama boleh adapt dengan life as chambie..Moga 4 bulan yang berbaki, berlalu masanya dengan lemah longlai..ha3..
Masih bertatih nak belajar ni..Macam tak ready nak bergelar peguam..

Sekarang tengah belajar pasal Joint Venture..Belajar pasal prosedur semua, dokumen apa yang kena ada..
Conveyancing ni best sebenarnya..Tapi, memang kena bukak hati untuk suka..
Mostly kawan chambering lelaki lebih suka kepada Litigation..Diaorg suka pergi court, jumpa client..

Bagi aku, tak kisah mana2..Mungkin sebab firm tmpt aku chambering ni tak banyak buat litigation, aku boleh belajar dua2..
Next week naik KL..Ada ethics course & exam..Kawan dekat firm tanya,dah study belum..Of course belum!!ha3..
Ni pun ada bawak balik 2 fail psl JV nak kena fahamkan and prepare draft dokumen..

Baru nak bukak fail petang2 hujung minggu ni..Bos pun ada bagi research suruh cari kes ni..Gerak dulu la ye..Nak buat kerja sebelum Isnin menjelma.. :)

Wednesday, August 3, 2016

Kerana Niat Itu..

Assalamualaikum..

Apa macam tajuk?Best tak?Letak sikit nada gaya Indon, ala-ala cerita Islamik..Baru korang rasa tajuk aku best..ha3..

Hari ni hari ke-3 bulan Ogos dah..Kejapnya lahai masa berlalu..14/8/2016 genaplah 5 bulan kitaorg tunang.. Eh, silap..ha3..Genaplah 5 bulan aku chambering..Maksudnya ada 4 bulan lagi nak habis..Wuhuuu..
Eh,silap..Alhamdulillah..ngeeee

Lately ni rasa penat sangat..Aku sebolehnya elak bawak balik kerja ke rumah..
Selagi boleh elak, aku elak..Yela, kadang2 aku ada training dancing untuk performance annual dinner..
Mana sempat nak selak2 fail yang bawak tu..
Balik-mandi-solat-makan-kebabom tido!!ha3..

Nak taknak sekarang kena jugak tahan mengantuk..Berjaga sekejap sampai mata ni tak larat dah..
Belek2 fail sikit..Nak2 bila lawyer kata, "See me tomorrow morning discuss about this file"..
Oh yeahh..Morning..Tu limitation period orang kata..
Walaupun 11.59 pagi, belum masuk pukul 12 tengah hari masih dikira pagi, tapi takkan la dah hujung waktu baru nak terkedek2 jumpa lawyer..

Lagi buat aku kena sentuh jugak file dekat rumah sebab tempat yang aku duduk sekarang internet akses dia kadang ada-kadang takde..
Memang boleh emo ko sepanjang hari..Nak buat macam mana..Redha jela..

Sebelum habis chambering, moh lah paksa diri untuk handle file pelbagai jenis.. :)
Doakan aku dapat belajar dengan baik, kurang buat silap, dan dapat settle kan setiap fail dengan jayanya..