Assalamualaikum..
Aq mungkir janji..Aq kata nak update blog lepas habis final..Tak boleh jadi..Perasaan aq ketika jawab exam pagi tadi perlu diluahkan.. -..-'
Hari ni,paper Contract 2..Nak kata aq dah well prepared, tak jugak..5 topik,3 topik je boleh dikatakan aq strong..Yakin..2 topik, tak mantap sangat..Dah nak final, tak cover,memang cari masalah..Ok,tu masalah diri sendiri..Tak boleh salahkan orang lain..
Bila dapat paper je,terus tanda soalan yang dah cover..Check punya check, ok..Semua soalan lebih kurang sama je dengan soalan tutorial kelas..Nama,ubah sikit fakta..Isi penting..Dalam hati, boleh jawab insya-Allah..4 topik,jawab dalam different booklets sebab each topic, lain-lain lecturer yang tanda..
3 jam untuk 4 soalan, cukup tak masa agak-agak??
Bagi aq,tak cukup..Maybe sebab time management..Mungkin jugak ikut soalan..Contoh kalau soalan terlalu general..Ko kena letak dari yang general,sampai yang specific..Tak letak,takut tak dapat markah..Nak letak takut tak sempat jawab yang lain..
Maka,al-kisahnya bermula di sini..Dari 4 soalan,3 je aq yakin..1 soalan sudah ke laut..Aq start dari soalan yang aq memang yakin,kepada soalan yang aq tak berapa yakin..Sebab aq salah buat pengiraan, maka,aq tak sempat jawab 1 soalan wajib..Nak sedapkan hati sendiri,supaya tak susah hati,aq tolak 15 markah awal-awal dari total mark..A untuk Contract??Wallahualam..Carry mark pun tak keluar lagi.. Memang just target lulus jela sekarang ni..ha3..
Aq kalau nak kurangkan stress sebab study yang ye-ye je aq study ni, aq suka tengok 9gag sebab memang kelakar, yang penting kena batang hidung sendiri..ha3..Selalu bila dah tengok gambar dekat 9gag, ada jugak aq try ubah, improve apa yang patut..At least, ubah kan.. ;)
Paling tak boleh dimaafkan kesilapan aq waktu final tadi, aq salah jawab ikut warna booklet yang sepatutnya..Nasib baik waktu hantar aq bagi tau lecturer..Kalau tak, habislah markah contract aq.. ;(
Maka, sampai jugak part yang berkaitan dengan tajuk entry ni..ha2..Apa yang penting ketika final??
Kerjasama??
Bukan kerjasama..sebab kerjasama antara kawan waktu final tak leh pakai..Kau sendiri pun takde masa nak toleh tanya kawan kalau nak meniru kan..keh3..Lagipun, tak baik meniru..Sila jujur, sebab apa result yang kau dapat, hasil usaha kau sendiri kot..Daripada situ lah boleh nilai diri sendiri..Ececeh..Pandai cakap..Macam cakap dalam mimpi je.. -..-'
Apa yang penting, bukan setakat kau dah belajar, dah hafal kes gedebak-gedebuk..Terperinci macam mana pun pasal kes kau hafal ,dalam final, bukan semua kau boleh ingat.. ;( Kau hafal nama lain, nama lain yang ingat..Hafal nama plaintiff, tiba-tiba nama defendant yang kau ingat..Semua tu tak boleh kita jangka..Tapi, bila final, yang penting adalah SKILL..Yurp..Skill memang penting..Kau kena ada skill nak tulis laju..Kau kena ada skill nak bezakan apa yang patut letak dalam jawapan, apa yang tak patut..Kau kena ada skill nak bajet masa untuk setiap soalan..Kalau kau dah hafal semua topik pun, tapi skill takde, tak boleh jugak..Masa tak cukup..Tak sempat jawab..Tu semua benda biasa..Aq faham masalah korang.. *cakap depan cermin*
*siapa ada kawan nama SKILL, cakap aq nak kenal..ha3..(ok,tak kelakar sakinah) *
Ok,aq nak pi rehat-rehat kejap..Nanti nak sambung baca,nak tengok soalan untuk paper BM esok pulak..
BM nak baca?? BM je punnnnngggg.. ;)
BM je pun korang kata??
BM je pun korang kata??
Ni BM bukan sebarang BM kawan..Kalau bagi korang jawab, mau menangis..Kalau ni BM macam dekat sekolah,aq pun suka,senang,rileks je belajar..Nak translate istilah undang-undang bahasa Inggeris, kau ingat boleh sesuka hati??Direct translation memang la boleh je,tapi agak-agak kalau nak kena terajang dengan cikgu BM Perundangan, boleh la buat..ha3..Kena create procedure dalam undang-undang, kena bina soalan untuk examination dalam mahkamah..Kalau boleh tanya soalan rutin harian, aq pun gembira..Senang nak goreng-goreng.. ;(
Doakan paper-paper yang seterusnya aq mudah jawab..Lecturers lembut hati waktu tanda, dapat terima jawapan aq..Amiinnn..
Assalamualaikum..